Monday, June 30, 2014

Resepi Butter Prawn Sedap dan Mudah



RESEPI UDANG BUTTER PRAWN SIMPLE




PENGENALAN

Resepi Butter Prawn kering adalah agak baru dalam resipi masakan  Malaysia, penciptaan resipi ini menggabungkan yang terbaik daripada Melayu, Cina, India, dan bahan-bahan barat, ini adalah satu hidangan terbaik dari segi rasa, bau, dan persembahan.

Selain daripada udang, bahan utama hidangan ini adalah daun kari. Sangat aromatik dari sumber alam semula jadi, daun kari digunakan secara meluas dalam masakan selatan India dan masakan Malaysia. Aroma eksotik ini daripada daun hijau gelap tepu susu berasaskan kari kelapa dengan aroma yang kaya dan sesuai untuk  hidangan makanan laut seperti Butter Prawn dan Black Pepper Crab.


RESEPI UDANG BUTTER PRAWN KERING


Bahan-bahan utk sarang telur :
-2 bj telur
-sesenduk butter [blh juga guna margerine]
-1 cwn myk


cara-cara :

1.      pecahkan 2 biji telur dan ambil kuningnya sahaja.boleh asingkan guna tangan.

2.      Pukul ringan kuning telur.Jangan pukul terlalu lama nanti hasilnya hancur.

3.      Panaskan Butter/Margerin bersama minyak. Sebaiknya gunakan senduk bulat. Bila minyak dalam kuali sudah betul betul panas, pusing pusingkan dengan senduk tu laju laju membentuk bulatan sehala tanpa henti.

4.      Kemudian tuangkan kuning telur tadi, tuang tinggi sikit supaya yang jatuh ke dalam kuali tu halusss jer. Teruskan pusing minyak tu laju laju dan tuang hingga habis. Pusing terus senduk tu sehingga telur tu masak berwarna keemasan. Setelah masak tuangkan ke dalam tapis seperti tapis santan besi untuk toskan minyaknya

5.      GULA secukup rasa ~>boleh tambah sendiri utk dapatkan sarang telur yg mmg sedap rasanya.. cara nya, taburkan gula setelah sarang td diangkat/dituang dlm tapis.. tabur semasa sarang tu masih panas lg tau.. lps tu godek2kan sikit dgn sudu bg gula tu rata .. ketepikan.


Bahan-bahan Utk masak udang :

·         12 ekor udang saiz besar atau sederhana [resipi untuk 20 ekor]

·         sdkt garam

·         sdkt lada sulah

·         myk utk menggoreng

·         3 ulas bwg putih - dicincang

·         6-8 tangkai cili padi - dihiris

·         5 tangkai daun kari

·         1/4 cawan susu cair

·         sdkt butter utk menumis

·         sdkt serbuk lada sulah

·         garam secukup rasa


Cara buat butter prawn kering:-


1.      12 ekor udang dibasuh dan dibuang kepala dan satu ekor tajam(jangan buang semua ekor yer,buang satu ekor tajam

2.      Mula mula goreng dulu udang yang digaul dengan sedikit garam dan lada sulah sehingga agak berubah warna dan masak. Jangan goreng terlalu lama sangat nanti udang akan mengecut, tak cantik dan agak keras bila dimakan. Angkat dan toskan minyaknya. Keluarkan minyak tu dari kuali, tak nak guna lagi.

3.      Tumbuk lumat bawang putih dan cili padi engan lesung.boleh juga dicincang sahaja.Asingkan daun kari dari dahanya.kita guna daun sahaja.

4.      Serbuk kari optional untuk menambah kelazatan masakan ini.memang lebih sedap.Tapi kalau tanpa serbuk kari,lebih cantik bahagian dalam butter prawn.

5.      Panaskan butter/margerin di dalam kuali dan tumis bawang putih, cili padi dan daun kari hingga garing dan naik bau.

6.      Kemudian masukkan susu cair dan masak sebentar. Masukkan udang yang digoreng tadi, sedikit serbuk lada hitam/putih dan garam secukup rasa. Jangan bubuh banyak sangat garam yer sebab butter atau margarine sudah ada garam.

7.      Setelah semua bahan masak dan mesra, bolehlah dimasukkan ke dalam pinggan hidangan dan taburkan sarang telur/floss yang kita buat tadi. Siap




Kalau ke mana-mana restoran Cina...menu ini pasti ada dan psti akan di recommendkan. Memang sedap udang digoreng,kemudian dimasak bersama butter dan telur pecah. Untuk menyesuaikan dengan selera kita cili padi dihiris nipis dan daun kari dimasukkan sekali. Saya pernah makan di sebuah hotel tetapi cara dia membuat pukul telur dengan mentega cukup halus seperti juraian rambut. Rasanya perlu ada teknik yang sesuai untuk ini.